Hantu di rumah pencipta vaksin


GAMBAR dalam bulatan menunjukkan imej seperti manusia di celah sebuah pintu di rumah Dr. Jenner.

Imej hantu yang menyerupai bentuk tubuh pembantu rumah pencipta vaksin cacar, Dr. Edward Jenner berjaya dirakam jurugambar Perbadanan Penyiaran British (BBC), Chris Sandys, lapor sebuah akhbar semalam.

Sandys berjaya merakamkan gambar itu di  Dr. Jenner yang pernah didiaminya selama 40 tahun.

Gambar itu menunjukkan bayang seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi antara dua buah katil di loteng rumah berkenaan.

Namun, setelah empat hari gambar itu dirakamkan, tidak ada kerusi berada di celah dua buah katil.

Kini pekerja-pekerja di rumah yang sudah dijadikan muzium itu percaya bahawa bayangan tersebut merupakan roh salah seorang pembantu rumah Dr. Jenner.

Sandys berkata: "Saya tidak mempercayai kewujudan hantu tetapi keadaan yang berlaku sangat ganjil.

"Sebaik sahaja saya merakamkan imej kawasan loteng, saya meneliti semula gambar yang dirakam dan mendapati terdapat suatu bentuk ganjil daripada pantulan cahaya berada di hadapan pintu sebuah bilik.

"Saya kemudian merakamkan gambar dan cuba untuk mencari apa yang menyebabkan ia berlaku tetapi saya tidak dapat melihat ada sesuatu yang berlaku.

"Ia sungguh ganjil."

Bagaimanapun, kakitangan-kakitangan rumah yang sudah dijadikan muzium itu menganggap bentuk tersebut bukan palsu.

"Kami berasa terperanjat melihat imej itu," kata seorang kakitangan itu, Sarah Parker.

Muzium itu kini merancang untuk menganjurkan lawatan untuk menyaksikan hantu termasuk pada malan Halloween.

Dr. Jenner dilahirkan pada 1749 dan dihargai kerana sumbangannya mencipta vaksin cacar.

Beliau tinggal di bangunan Grade II dari 1785 sehingga kematiannya pada 1823.

Istana Berkeley yang terletak berdekatan dengan rumah itu turut berhantu.

Jeritan Raja England, Edward II dikatakan boleh didengar pada waktu malam dari istana tersebut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad