(Video) Serius Lagu penyanyi Indonesia, Alda dinyanyikan oleh Hantu

(Video) Serius Lagu penyanyi Indonesia, Alda dinyanyikan oleh Hantu

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


(Video) Serius Lagu penyanyi Indonesia, Alda dinyanyikan oleh Hantu

Sikit masa dulu... Korang nak layan cerita yang erm... agak mistik jugaklah... Ni bukan cerita baru... Tapi tak ramai tahu.

Korang ingat tak lagu Aku Tak Biasa, yang penyanyinya Alda. 

Tapi ni bukan pasal lagu Aku Tak Biasa... Ni pasal lagu lain. 

Lagu ini sangat menakutkan ok.. Abe kompem takkan dengar lagu ni waktu malam lebih-lebih di dalam umah ni dan berseorangan..  
Abe agak tertarik dengan nama Alda ini hanya selepas apa yang berlaku pada kawan abe & selepas Abe mendengar cerita kawan seopis Abe.. (credit to: Ina 'Ratu Enterprem' & Zairin)

Sedikit sejarah mengenai Alda Risma.. Penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.. 

Kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006.


Abe tak penah dengar lagu ni sebelum ni. 'It's this haunting melody from' Alda yang ramai tak pernah dengar.

Takda klip video asal untuk lagu ni, yang ada nipun mungkin telah dibuat oleh 'Fans' Arwah agaknya.

So korang layan. 'Just click play' sambil baca cita Abe kat bawah.

Kisahnya.. ni antara lagu terakhir yang di rakam oleh Alda... Korang carik wikipedia - Alda Risma baca sendiri.

Rupa-rupanya dia pada mulanya, difikirkan telah mati akibat dos berlebihan dalam bunuh diri selepas kesan-kesan suntikan ditemui pada dirinya... Kemudian, teman lelakinya dikaitkan dengan kes ni... 


Kalau dengar lagu ni, korang akan perasan sesuatu yang pelik dengan lagu ni... 

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

Sejauh manakah kebenarannya, Abe tidak tahu. Bila Abe google lagi, Abe dapati ada versi lain lagu ini yang berbunyi lebih kurang sama... 

Tajuk di sini ialah Rintihan Kuntilanak dan kononnya dinyanyikan oleh The Panas Dalam... 

Abe tidak tahu ia ada kaitan dengan Alda atau x... Tapi bila Abe hayati tul2 lirik lagu ni, ada perbezaan sikit, terutamanya dalam lirik... Dalam baris ketiga dari korus, 'Ayo' atau ayuh, digantikan dengan kapan Mati lagi sekali... dan garis berganti ketiga dengan yang pertama... takde 'bunuh diri'...


Abe agaklah yang kumpulan The Panas Dalam buat 'cover' lagu ni kot, huhuhu. Entahlah... My song of the moment (minus gelak yang seram tuh yang tak sesuai nak dengar nak feeling emo malam-malam, lirik tanpa kaki and rambut terurai... imaginasi Abe jadi menggila sikit)

Abe taktau laa citer ni betul ke x... Abe try cari citer dr internet... Citernya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... Polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel... xpasti sama ada mati bunuh diri @ dibunuh...Yang pasti mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik cek mayat dia... Didapati dia dah mati 7 hari.... So...saper yg gi rekod lagu tu??? Hurm... lagu tu plak... Tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun taktau mana dtg... So... Apa pendapat korang??? 

Dan bila kawan seopis Abe gtau pasal ni, agak bingung utk Abe pk.. Abe cuba untuk memahami apa yang berlaku ni tapi sampai la ni Abe masih kabur.. Sehingga saat Abe siapkan entry ini, Abe sendiri masih tidak faham apa sebenar di sebalik lagu itu dan Alda.. Namun perlu diakui elemen seram itu ada.. Terpulang kepada semua untuk menilai..

Sumber: Queachmad.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad